Monday, September 22, 2014

Khasiat Ulam

Siapa suka makan ulam???...angkat tangan...
hehe saya sendiri memilih kalau nak makan ulam.,...
tak semua tekak boleh terima tapi setiap satu ulam mempunyai khasiatnya yang tersendiri...
ulam yang paling saya suka adalah ulam raja..
sebab rasanya yang sedap seakan akan akan rasa putik daun magga

hahaha....presentation ulam yang saya buat bagi memikat hati orang


1001 khasiat ulam

Amalan makan ulam atau sayur-sayuran mentah bukan saja dianggap sebagai penambah selera tetapi ia juga boleh dijadikan ubat untuk kesihatan dalaman. Tak percaya?

Dahulu, ulam hanya terkenal di kalangan masyarakat Melayu terutama yang menetap di kampung. Ulam-ulaman bukan saja lebih mudah didapati di kampung tetapi antara hidangan mesti ada setiap kali menjamu selera.

Tetapi, kini hidangan ulam-ulaman semakin digemari oleh warga bandar malah turut menjadi hidangan wajib hidang di restoren-restoren dan hotel-hotel terkemuka. Menariknya, ulam kini turut dinikmati oleh masyarakat bukan Melayu setelah mendapat tahu khasiat makan ulam.

Bertemu dengan salah seorang penduduk yang berasal dari Sabak Bernam, Siti Fatimah yang sudah berusia 61 tahun percaya kesihatannya yang baik adalah disebabkan tabiat mengambil ulam-ulaman sejak muda lagi.

Biarpun sudah 42 tahun mendirikan rumah tangga bersama Buani Ruski, Siti Fatimah yang mempunyai lima orang anak dan sembilan cucu ini kelihatan masih bertenaga dan lebih muda dari usia sebenar.

"Masyarakat zaman dulu menjadikan sayur mentah atau ulam sebagai menu utama. Biarpun pahit tetapi ia mendatangkan banyak khasiat. Misalnya pucuk betik boleh membantu merawat migrain, rendahkan tahap kolesterol dalam darah, menurunkan tekanan darah tinggi dan melangsingkan badan," kata Siti Fatimah ketika ditemui.

Ulam atau sayuran mentah biasanya dimakan bersama sambal belacan, budu, tempoyak atau cencaluk dan dimakan bersama nasi. Kandungan zat di dalam ulam masih segar di mana kandungannya kekal berbanding sayuran yang sudah dimasak. Antara ulaman yang popular adalah ulam raja, pegaga, peria katak, pucuk kadok, pucuk gajus, jering, petai, daun selom dan banyak lagi.

Jika orang barat berjaya memperkenalkan salad di seluruh dunia, maka tidak ada salahnya jika kita perkenalkan ulam-ulaman yang dicicah bersama sambal pedas di mata dunia. Terasa nak 'berulam' pula hari ini!


Marble Cake





 Resepi

4biji telur
1/2 cawan gula castor
1 sudu makan ovelette
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak masak
2 cawan tepung gandum
1 sudu makan baking powder
secubit garam

cara: Blend telur, gula dan ovellete sehingga kembang
masukkan susu dan secubit garam bland lagi
tuang minyak masak n bland
tuang adunan kedalam bekas, masukkan tepung dan baking powder

bahagikan adunan kepada 3 warna
selangselikan adunan kedalam loyang

Bakat pada suhu 170 selama 30 minit